KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang direkodkan hari ini menurun kepada 4,949 kes berbanding 5,304 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang dicatatkan menjadikan kumulatif 662,457 kes.
Katanya, Selangor masih mencatatkan kes yang tinggi iaitu 1,523 kes, diikuti Sarawak 744 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 503 kes.
“Negeri lain iaitu Johor mencatatkan 430 kes; Negeri Sembilan 323 kes; Sabah (273); Pulau Pinang (214);
Kelantan (214); Perak (136).
“Kedah (199); Melaka (119); Wilayah Persekutuan Labuan (113); Pahang (61); Terengganu (86); Wilayah Persekutuan Putrajaya (10) dan Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.