Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 95 pelajar Program Empower ECER UMK catat keputusan cemerlang SPM 2020
    Am

    95 pelajar Program Empower ECER UMK catat keputusan cemerlang SPM 2020

    alisha natashaBy alisha natasha15/06/2021Updated:15/06/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Seramai 95 pelajar di bawah Program Latihan Kemahiran Akademik empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 apabila sekurang-kurangnya memperoleh 5A.

    Program Empower ECER dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan biarpun calon SPM perlu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR.

    Pengurus Besar Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Negeri Kelantan, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah, berkata modul pembelajaran yang dibekalkan kepada pelajar untuk mengikuti sesi ulangkaji pelajaran membuahkan hasil untuk membantu belajar secara offline.

    Katanya, modul berkenaan mudah diakses untuk memberi kemudahan kepada pelajar SPM memahami subjek dengan lebih berkesan walaupun berada di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid 19.

    “Keberkesanan program ini dibuktikan melalui keputusan SPM lalu pesertanya beroleh keputusan cemerlang dan membanggakan,” katanya.

    Menurut beliau, Program Empower ECER melibatkan enam jajahan iaitu Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu (Ketereh), Pasir Puteh dan Tanah Merah.

    Beliau percaya, program tersebut telah berjaya memanfaatkan seramai 1200 orang pelajar SPM 2020 dan melibatkan sebanyak 36 buah sekolah di semua jajahan tersebut.

    Katanya, antara program yang dijalankan adalah kelas tambahan percuma, program motivasi dalam talian dan program khusus dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

    “Di bawah program ECER ini juga calon SPM akan terus dibimbing untuk memastikan mereka melanjutkan pengajian mengikut saluran yang tepat dan bersesuaian dengan keputusan mereka,” katanya.

    Sementara itu, pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal, Pasir Puteh, Mohammad Faisal Amir Rosli mengucapkan terima kasih kepada pihak ECER kerana banyak membantu pelajar-pelajar SPM 2020 terutama dalam cabaran pendemik Covid-19.

    Katanya, modul latihan dalam talian yang dibekalkan oleh ECER banyak membantunya dalam mengekalkan motivasi dan semangat untuk mengambil peperiksaan walaupun dalam situasi pandemik Covid-19.

    “Saya mengambil peluang dan manfaat ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, dengan berkat Allah SWT dan modul latihan akademik ECER banyak membantu saya dan rakan-rakan lain,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSuntikan vaksin penunggang penghantar makanan, barangan wajar didahulukan
    Next Article Rina cadang bayi baru lahir dipakaikan gelang barcode
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.