Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ibu tunggal dan bekas suami dituduh edar serta miliki dadah jenis methamphetamine
    Am

    Ibu tunggal dan bekas suami dituduh edar serta miliki dadah jenis methamphetamine

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali15/06/2021Updated:15/06/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Seorang ibu tunggal yang mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai polis dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, dua minggu lalu.

    Wanita berusia 28 tahun itu dituduh bersama bekas suaminya berusia 29 tahun dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

    Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa mengedar dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 61 gram.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Pertuduhan kedua, mereka didakwa ada dalam kawalan mereka dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 13.6 gram.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

    Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong, kira-kira jam 4.20 petang, pada 4 Jun 2021.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

    Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

    Wanita dua anak itu dipercayai menjadi mangsa rogol yang membabitkan seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor, minggu lalu.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleVaksin Comirnaty diluluskan untuk penggunaan individu berusia 12 tahun ke atas
    Next Article Lebih 1,500 asnaf belum daftar MySejahtera untuk vaksin Covid 19
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.