KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat sebanyak 5,419 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes yang tertinggi iaitu 1,996 kes.
Katanya, Sarawak mencatatkan kes 718 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 650 kes.
“Negeri Sembilan merekodkan 396 kes; Johor 366 kes; Kedah (252);
Sabah (230) dan Kelantan (245).
“Manakala, Melaka (155); Wilayah Persekutuan Labuan (138); Pulau Pinang (124); Perak (68)
Pahang (32); Terengganu (43); Wilayah Persekutuan Putrajaya lima kes dan Perlis satu kes,” katanya di laman Facebooknya di sini hari ini.