KUALA LUMPUR | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan maklumat penggunaan gelang berwarna kerana ia tidak membawa sebarang maksud bagi tahap penyakit COVID-19.
Menerusi info grafik itu mendakwa gelang pengawasan dan pemantauan di rumah (HSO) dengan empat warna iaitu putih, merah, merah jambu dan biru.
Gelang putih didakwa individu isolasi berisiko rendah, merah (isolasi tidak bergejala), merah jambu (memerlukan pemeriksaan lanjut di PKU/KKM) dan biru individu isolasi dan bergejala.
Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan COVID-19.
KKM menafikan maklumat itu dan ia adalah palsu.
“Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya.