Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penggred buah kelapa sawit maut dilanggar lori
    Am

    Penggred buah kelapa sawit maut dilanggar lori

    alisha natashaBy alisha natasha15/06/2021Updated:15/06/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Lahad Datu | Seorang penggred buah kelapa sawit warganegara Indonesia berumur 45 tahun maut dilanggar lori muatan sawit pada 10 Jun lalu pada 5.25 petang.

    Kejadian berlaku di kawasan loading ramp di mana mangsa ketika itu tidak menyedari kedatangan sebuah lori muatan sawit lalu telah dilanggar dari bahagian belakang ketika lori tersebut yang sedang mengundur.

    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu disedari rakan sekerja mangsa dan mengarahkan pemandu lori untuk berhenti dan mengalihkan kenderaan.

    “Mangsa telah dibawa ke Hospital Lahad Datu dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada 11 Jun 2021 sekitar jam 12.11 tengah hari.

    “Pasukan pegawai penyiasat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah
    Cawangan Tawau telah menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut selepas menerima laporan.

    “Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya.

    Kenyataan itu berkata, Prinsip dan falsafah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyatakan Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terletak kepada mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko berkenaan Majikan dan pekerja perlu mengenalpasti bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan yang paling penting adalah mengadakan kawalan risiko yang berkesan.

    “JKKP Sabah memandang serius setiap kemalangan yang berlaku dan menggesa semua
    majikan mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditempat kerja bagi mengelakkan berlakunya kemalangan,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSPRM dakwa pegawainya atas kesalahan rasuah
    Next Article Suntikan vaksin penunggang penghantar makanan, barangan wajar didahulukan
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.