SEVILLE | Walapun mendominasi hampir keseluruhan permainan, Sepanyol yang membuka kempen Euro 2020 kali ini dengan kekecewaan apabila diikat Sweden tanpa jaringan.
Lapor Agensi, Sepanyol menguasai sebahagian besar perlawanan yang menyaksikan Sweden hanya mampu bertahan, namun mereka gagal memanfaatkan siri serangan yang dilakukan untuk mendapatkan jaringan.
Peluang terbaik hadir menerusi Alvaro Morata selepas Marcus Danielson gagal mengeluarkan bola dengan baik, namun percubaan penyerang Juventus itu tersasar.
Tandukan Dani Olmo dari jarak dekat juga dinafikan Robin Olsen sebelum percubaan Koke turut gagal menemui sasaran.
Peluang terbaik Sweden pula dicipta menerusi Alexander Isak, namun percubaannya tepat ke dakapan Unai Simon, sebelum Marcus Berg gagal menyudahkan gerakan yang dicetuskan Isak apabila percubaannya turut tersasar.
Tamat