KUALA LUMPUR | Sebanyak 101 kematian akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini yang membabitkan 98 warganegara dan tiga bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu mencatatkan jumlah kumulatif kematian sebanyak 4,069 kes.
Katanya, kes kematian membabitkan individu berusia antara 29 hingga 91 tahun.
“Kes kematian tertinggi yang dilaporkan di Selangor iaitu 50 kes, diikuti Kuala Lumpur 11 kes; Johor (10); Negeri Sembilan (lapan); Labuan (empat) dan masing-masing tiga kes di Sabah, Pahang, Kedah dan Kelantan.
“Dua kes kematian dicatatkan di Sarawak serta masing-masing satu kes dilaporkan di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Perak,” katanya.
Beliau berkata, terdapat sembilan kematian di rumah atau ‘brought-in-dead’ (BID).