KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini menurun sedikit kepada 5,150 kes berbanding 5,419 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif
673,026 kes.
Katanya, Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 1,914 kes, diikuti Negeri Sembilan 607 kes dan Sarawak 570 kes.
“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 480 kes; Johor 392 kes; Kelantan 230 kes dan Sabah 184 kes.
“Kedah sebanyak 228 kes; Pulau Pinang (99); Perak (66); Melaka (152); Pahang (57); Terengganu (56); Wilayah Persekutuan Labuan (101); Perlis lapan kes dan Putrajaya lapan kes,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.