BUDAPEST | Cristiano Ronaldo mahu bergelar penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam Kejohanan Eropah apabila berjaya meledak dua gol sekali gus bantu Portugal yang disudahi dengan 3-0 terhadap Hungary.
Gelaran juara dipertahankan dengan kemenangan besar ketika memulakan kempen Euro 2020, sebentar tadi.
Lapor AFP, pada perlawanan itu, jaringan pertama diperoleh pada minit ke-84 selepas cubaan Raphael Guerreiro yang terkena pertahanan memecahkan kedegilan benteng Hungary dibantu Rafa Silva.
Ronaldo menyempurnakan jaringan penalti yang diperoleh selepas pemain Hungary melakukan kekasaran terhadap Rafa Silva dalam kotak pada minit ke-87.
Tidak cukup dengan itu, Ronaldo menambah gol ketiga pada masa tambahan yang langsung tidak memberi peluang kepada panjaga gawang Hungary, Peter Gulacsi untuk mempertahankannya.
Untuk rekod, Ronaldo, pemain pertama tampil dalam lima Kejohanan Eropah, kini menjaringkan 11 gol dalam kejohanan berkenaan, diikuti sembilan gol milik pemain Perancis, Michel Platini.