JAKARTA | Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda wilayah terpencil di kepulauan Maluku di timur Indonesia hari ini.
Lapor AFP, Jabatan Pemantauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan perkara itu tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa yang tidak begitu dalam itu berlaku sekitar jam 1.43 petang waktu tempatan di Laut Banda, kira-kira 70 kilometer (km) ke tenggara Amahai di kepulauan Seram.
Walaupun gempa sebegini lazimnya mengakibatkan kemusnahan lebih besar, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kemalangan jiwa setakat ini.