LONDON | Satu objek mencurigakan berkemungkinan bom ditemui dalam sebuah kereta berhampuran Stadio Olimpico, ketika perlawanan antara Itali dean Switzerlland berlangsung awal pagi tadi.
Lapor Agensi, objek terbabit dikenal pasti seorang penyokong yang ketika itu berkumpul menjelang sepak mula perlawanan kedua-dua pasukan terbabit sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Polis menerima laporan sekitar jam 6 petang (waktu Itali), hanya beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan A Euro 2020 antara kedua-dua pasukan terbabit.
Berdasarkan laporan Corriere dello Sport, pihak berkuasa dipanggil ke area Piazza Mancini selepas menerima satu laporan mengenai objek mencurigakan di dalam sebuah kereta.
Susulan itu, sekatan di beberapa jalan dilakukan segera bagi membolehkan operasi dijalankan dengan sekumpulan pasukan bom dibawa bersama.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum mengesahkan secara rasmi sama ada objek itu adalah bom sebenar, namun berkata ia tampak seperti buatan sendiri.
Tidak lama selepas itu, media berpangkalan di Rom melaporkan objek berkenaan terdiri daripada silinder senjata api dengan diselaputi pelindung serta kabel elektrik.
Penyiasat mengenalpasti kereta itu milik Marco Andrea Doria, seorang presiden syarikat pembangunan semula taman dan villa bersejarah di Rom.
Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi memandang serius situasi itu dengan menulis di Twitter beliau ‘bersolidariti’ dengan Doria ketika siasatan diteruskan.
Laporan mengenai objek terbabit dikenal pasti seorang penyokong yang ketika itu berkumpul menjelang sepak mula perlawanan antara Itali dan Switzerland.
Pasukan tuan rumah kembali beraksi selepas menewaskan Turki 3-0 pada malam pembukaan kempen saingan dan prestasi mereka tampak mengagumkan dengan meraih keputusan sama ketika perlawanan kedua menentang Switzerland.
Tamat