KOTA BHARU | Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19 bagi fasa kedua kepada peniaga kecil.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan tersebut akan disalurkan menerusi 45 pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, setiap pusat khidmat tersebut akan menerima sebanyak RM50,00 dan diagihkan kepada peniaga yang terkesan.
“Kerajaan negeri memahami kesan ekonomi terhadap peniaga-peniaga kecil yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada ketika ini.
“Kerajaan Negeri sebelum ini telah memperuntukkan RM2.7 juta sebagai bantuan kepada rakyat terkesan COVID-19 diseluruh negeri Kelantan menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19.
Beliau berkata, peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan negeri dapat meringankan beban peniaga.
Untuk makluman, PKP 3.0 fasa dua bermula 15 Jun lalu dan akan berakhir pada 28 Jun ini.