KUALA LUMPUR | Terdapat 25 kluster COVID-19 baharu yang direkodkan semalam.
Kluster berkenaan membabitkan 20 di tempat kerja, empat komuniti dan satu kluster pendidikan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kluster baharu itu dicatatkan masing-masing di enam di Selangor dan Johor, empat di Kedah; masing-masing dua di Pulau Pinang, Sarawak dan Negeri Sembilan.
Katanya, selebihnya masing-masing satu di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Melaka.
“Pada masa yang sama, sebanyak 60 kes kematian dicatatkan termasuk dua bukan warganegara.
“Dua kematian adalah sebaik sampai di hospital (Brought-In-Dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.