HERZOGENAURACH | Selain menebus kekalahan, Jerman mahu menyekat Cristiano Ronaldo menambah jumlah jaringan hebatnya dalam pertemuan dengan Portugal, Ahad ini.
Lapor AFP, Jerman yang sebagai tuan rumah kini tertekan untuk mendapatkan kemenangan dalam Kumpulan F, seterusnya kembali menghidupkan peluang dalam kempen Euro 2020.
Disampung memerlukan kemengan selepas tewas 1-0 kepada Perancis dalam saingan pembukaan menerusi jaringan sendiri Mats Hummels, Jerman mahu menyekat Ronaldo menambah jumlah jaringan.
Ronaldo kini meledak rekod 11 gol dalam lima Kejohanan Eropah selepas dua jaringan ketika Portugal menang 3-0 mengatasi Hungary di Budapest.
Penyerang Juventus itu tidak pernah menjaringkan gol berdepan Jerman dalam empat percubaan, terbaharu ketika Portugal tewas 4-0 pada Piala Dunia 2014.
Jerman berharap akan sekali lagi menyekatnya di Allianz Arena, Munich.
“Saya tidak perlukan video semua ‘jaringan terbaiknya’,” kata pertahanan tengah Matthias Ginter yang diberikan tugasan mengekang Ronaldo.
“Saya sudah menentangnya sekali atau dua bersama Dortmund.
“Dia masih seorang daripada penyerang terbaik dunia dan kini sudah meledak dua gol, jadi anda perlu berhati-hati, tapi kami tidak sabar menentangnya.”