BUCHAREST | Ukraine mempunyai harapan untuk mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas menewaskan Macedonia Utara 2-1 di Bucharest, lewat malam tadi.
Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk masing-masing meledak gol kedua mereka dalam dua perlawanan kali ini.
Mereka juga menemui gawang ketika tewas 3-2 kepada Belanda untuk meletakkan skuad kendalian Andriy Shevchenko menguasai babak pertama.
Ezgjan Alioski kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-57 menerusi bola yang melantun selepas penalti diselamatkan.
Ukraine berjaya mempertahankan kelebihan itu walaupun Ruslan Malinovskyi gagal menyempurnakan penalti ketika pasukan itu kini sama mata dengan Austria dalam Kumpulan C.