KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan meningkat lagi hari ini kepada 6,440 kes.
Jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 685,204 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes di Selangor turut meningkat dan paling tinggi iaitu 2,095 kes.
“Diikuti Negeri Sembilan 870 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 816 kes dan Johor 592 kes.
“Sarawak mencatatkan 536 kes; Perak 357 kes; Melaka (223); Kelantan (200); Sabah (199);
Pulau Pinang (122); Kedah (159); Wilayah Persekutuan Labuan (152); Pahang (79); Terengganu (32); Wilayah Persekutuan Putrajaya enam kes dan Perlis dua kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.