KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 ialah lebih 5.3 juta sehingga semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, vaksin yang diberikan semalam sahaja sebanyak 221,706 dos.
Katanya, jumlah individu yang menerima vaksin bagi dos pertama ialah 3,810,071 orang.
“Daripada jumlah itu, seramai 1,520,583 orang juga sudah menerima suntikan bagi dos kedua.
“Jumlah penerima vaksin di Kuala Lumpur mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 786, 705 dos dan diikuti Selangor 775,656 dos.
“Kepada individu yang belum berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 boleh mendaftarkan diri di
MySejahtera, vaksincovid.gov.my Tel 1800888828,” katanya menerusi laman Twitternya di sini, hari ini.