GLASGOW | Jaringan penyamaan Ivan Perisic sejurus selepas bermula babak kedua berjaya menyekat Republik Czech daripada mengesahkan tempat ke kelompok 16 terakhir Euro 2020.
Lapor AFP, perlawanan itu menyaksikan Croatia seri 1-1 berdepan Republik Czech dekat Glasgow awal pagi tadi.
Penalti penyerang Republik Czech, Patrik Schick memberikan pasukannya kelebihan awal pasukannya selain memburu Kasut Emas dengan tiga gol pada kejohanan kali ini.
Bagaimanapun sepakan menakjubkan Perisic pada minit ke-47 menyaksikan saingan Kumpulan D itu berakhir dengan keputusan seri.