COPENHAGEN | Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen dibenarkan keluar hospital selepas menjalani pembedahan berikutan serangan cardiac arrest pada Euro 2020, kata Persekutuan Bolasepak Denmark (DBU), semalam.
Lapor AFP Doktor berkata Eriksen, 29, perlu mendapat rawatan ‘defibrillator jantung’ untuk mengesan dan memperbetulkan rentak jantung tidak seragam.
“Pembedahan berjalan lancar, saya berada dalam keadaan bagus,” kata Eriksen dalam satu kenyataan.