SAINT PETERSBURG | Sweden mara ke kedudukan teratas Kumpulan E Euro 2020 selepas menang 1-0 mengatasi Slovakia, malam tadi.
Lapor AFP, kemenangan itu menafikan lawannya itu untuk tempat ke kelompok 16 terakhir.
Penalti minit ke-77 dijaringkan Emil Forsberg memberikan kemenangan buat Sweden.
Mereka mendahului pasukan tangga kedua, Slovakia dengan satu mata dan berbaki satu perlawanan, mereka semakin hampir menempah tiket ke peringkat kalah mati.