LISBON | Penyerang Portugal, Joao Felix tidak akan diturunkan ketika menentang Jerman dalam saingan Euro 2020, tengah malam ini berikutan mengalami sakit otot, kata Persekutuan Bola Sepak Portugal.
Lapor AFP, Felix adalah pemain gantian yang tidak diturunkan ketika Portugal menewaskan Hungary 3-0 pada perlawanan pembukaan, berlatih secara normal sebelum perlawanan di Munich.
Jurucakap persekutuan memberitahu, pemain berusia 21 tahun berkenaan menderita sakit otot, dan bek kiri Sporting Lisbon, Nuno Mendes turut disisihkan kerana masalah sama.
Juara bertahan itu boleh mara ke pusingan kalah mati sekiranya menewaskan Jerman dalam aksi Kumpulan F, tengah malam ini.