KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini menurun kepada 5,911 kes.
Berbanding semalam kes yang direkodkan adalah 6,440 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes yang tinggi iaitu 2,111 kes, diikuti Negeri Sembilan 770 kes.
Katanya, negeri lain iaitu Sarawak 569 kes; Johor 498 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 483 kes dan Perak 245 kes.
“Kelantan mencatatkan 223 kes; Kedah 204 kes; Sabah 201 kes; Wilayah Persekutuan Labuan (185); Pulau Pinang 167 kes; Melaka (134);
Terengganu (62); Pahang (56); Wilayah Persekutuan Putrajaya tiga kes dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.