KUALA LUMPUR | Sebarang penjualan atau pembekalan vaksin melalui mana-mana medium lain termasuk secara dalam talian adalah
tidak dibenarkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan vaksin yang djual di pasaran mungkin adalah tiruan, palsu ataupun datang daripada sumber yang tidak sah serta tidak diketahui status keselamatannya.
“Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
“Sehingga kini vaksin COVID-19 hanya dibekalkan oleh kerajaan Malaysia mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
“Bersabar menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin. Daftar giliran anda menggunakan applikasi MySejahtera,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.