PASIR PEKAN | Kerajaan negeri akan meneliti cadangan Persatuan Pengusaha Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing yang mahu membina pusat pengumpulan hasil pertanian dalam kawasan Tanah Tinggi lojing sebagai prasarana untuk mengumpul serta pembungkusan lebih teratur di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihhaknya akan meneliti lokasi yang dicadangkan dan kesesuaian oleh persatuan berkenaan di kawasan lojing untuk manfaat penanam sayur di negeri itu.
Katanya, isu pembuangan oleh penanam sayur di Lojing membabitkan 150 tan seahri akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Perkara ini boleh diselesaikan dalam MKN yang kita mesyuarat setiap Isnin. Mungkin perkara ini akan dibangkitkan.
“Kita akan lihat cadangan itu dulu termasuk tempat yang sesuaim,” katanya selepas melawat Sekatan Jalan Raya (SJR) Kutan, di sini susulan kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pihak kementerian akan cuba menyelesaikan masalah lambakan sayur di Cameron Highlands dan Lojing yang terjejas susulan pelaksanaan PKP 3.0.
Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan pusat pengumpulan di tempat yang akan dikenalpasti.
“Kita memang sentiasa memberi kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan sektor pertanian. Mengenai keluhan petani, kita di peringkat kementerian sudah mengadaan perbincangan dengan lumat Rabu lalu.
“Kabinet juga sudah melakukan perbincangan dan sebagai tanda seriusnya pihak kerajaan putuskan bahawa semua aktiviti pertanian dibenarkan sepanjang PKP,” katanya.