PASIR MAS | Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan dalam operasi di Kampung Batu Karang, di sini, semalam.
Polis Daerah Pasir Mas menerusi laman Facebooknya memaklumkan dalam serbuan itu turut merampas
dadah jenis heroin dan pil kuda yang dianggarkan bernilai RM41,300.
Katanya, operasi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Pasir Mas.
“Hasil serbuan itu berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan dadah jenis heroin serta pil kuda.
“Tangkapan dan rampasan itu di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini, semalam.