KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 di negara ini terus menurun hari ini kepada 4,611 kes.
Penurunan jumlah itu berikutan beberapa negeri menunjukkan kes yang semakin turun termasuk Selangor 1,346 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, diikuti dengan Sarawak 682 kes, Perak 453 kes dan Negeri Sembilan juga menunjukkan penurunan iaitu 437 kes.
“Johor 314 kes; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 310 kes; Kelantan 219 kes; Melaka 205 kes; Kedah (182); Sabah (166); Wilayah Persekutuan Labuan (130); Pulau Pinang (84); Pahang (50); Terengganu (18); Wilayah Persekutuan Putrajaya (15) dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, jumlah kes sembuh yang dicatatkan sebanyak 5,439 kes.