ROM | Wales melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir saingan Euro 2020 sebagai naib juara kumpulan walaupun tewas 1-0 kepada Itali dalam aksi Kumpulan A, sebentar tadi.
Lapor AFP, bagaimanapun, Switzerland perlu menunggu sama ada mereka boleh melayakkan diri ataupun sebaliknya selepas menewaskan Turki 3-1.
Gol tunggal pemain tengah Itali, Matteo Pessina, menyaksikan skuad Azzurri akan menentang naib juara Kumpulan C pada aksi berikutnya, manakala Wales akan bertemu pasukan naib juara Kumpulan B.
Pemain tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri menjaringkan dua gol di Baku, namun pasukan itu mampu layak sebagai satu daripada empat pasukan terbaik tangga ketiga selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berkongsi empat mata bersama Wales.