KUALA LUMPUR | Sebanyak 21 kluster baharu dilaporkan hari ini dan 13 daripadanya adalah daripada kluster tempat kerja.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, selebihnya adalah lima kluster komuniti, masing-masing satu kluster pusat tahanan, pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi.
Katanya, Selangor merekodkan tujuh kluster, empat di Kuala Lumpur, tiga di Kelantan, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Sarawak serta masing-masing satu di Melaka, Johor dan Kedah.
“Jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan adalah 2,666 dan kluster aktif adalah 850,” katanya di sini, hari ini.