KUALA LUMPUR | Jumlah kes kematian yang dicatatkan akibat COVID-19 sebanyak 77 kes, hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes itu membabitkan 70 warganegara dan tujuh bukan warganegara.
Katanya, kematian membabitkan 49 adalah lelaki dan 28 wanita.
“Dua kematian adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun, 21 kes berusia antara 30 hingga 59 tahun dan 54 kes adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
“Daripada jumlah kematian hari ini, 11 kes melibatkan kes Brought-In-Dead (BID) atau kematian sebaik sampai di hospital.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.