KUALA LUMPUR | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 22 kes baharu Varian Membimbangkan (VOC) telah dilaporkan bermula 11 hingga 19 Jun lalu.
Berdasarkan KKM, sebanyak 14 kes varian Beta (B.1.351) dan lapan kes varian Delta (B.1.617.2) telah dikesan sepanjang tempoh sebilan hari berkenaan.
Perkongsian KKM juga memberitahu jumlah kumulatif VOC dan Varian Berkepentingan (VOI) setakat 19 Jun ialah 183 kes.
“Varian Beta sudah berada dalam komuniti. Sila lebih berhati-hati,” memetika facebook KKM hari ini.
Untuk rekod, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan varian COVID-19 nama baharu untuk elak stigma dan memudahkan perbincangan.
Varian United Kingdom kini dikenali sebagai varian Alpha, Afrika Selatan sebagai Beta, Brazil sebagai Gamma dan India sebagai Delta.
Berdasarkan info statistik yang dikongsikan, Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu, 53 kes yang mana varian 45 (Beta), 5 (Alpha), 2 (Delta) dan 1 (Kappa).
Sementara itu di Kelantan pula, sebanyak 24 kes varian Beta sudah dikesan sepanjang tempoh sembilan hari tersebut.