BUCHAREST | Austria menempah tempat ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas menang 1-0 mengatasi Ukraine di Bucharest, malam tadi.
Lapor AFP, jaringan Christoph Baumgartner pada minit ke-21 menjadikan Austria kini berada di kedudukan kedua Kumpulan C.
Ukraine pula perlu menanti jika mereka juga layak sebagai satu daripada empat pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Georginio Wijnaldum meledak dua kali dalam kemenangan 3-0 Belanda yang sudah layak mengatasi Macedonia Utara di Amsterdam.