AMSTERDAM | Belanda memenangi tiga perlawanan berturut-turut di peringkat Kumpulan C Euro 2020 termasuk menang 3-0 terhadap Amsterdam, awal pagi tadi.
Lapor AFP, Kapten Belanda, Georginio Wijnaldum yang berhijrah ke Paris Saint-Germain dari Liverpool sebelum kejohanan bermula, meledak dua kali pada babak kedua di Johan Cruyff Arena selepas Memphis Depay membuka jaringan buat pasukannya.
Depay, yang masih segar selepas berhijrah ke Barcelona, membantu untuk kedua-dua gol Wijnaldum ketika skuad kendalian Frank de Boer memungut sembilan mata penuh daripada Kumpulan C.
Mereka sudah memastikan tempat ke peringkat 16 terakhir selaku juara kumpulan selepas menewaskan Ukraine dan Austria di depan penyokong sendiri di laman Ajax, dan juara Eropah 1988 itu sedar mereka akan ke pusingan kalah mati di Budapest minggu depan.
Sementara itu Macedonia Utara sudah tersingkir selepas tewas dua perlawanan pembukaan kejohanan sulung mereka.
Mereka meninggalkan kejohanan tanpa sebarang mata namun tidak akan melupakan kempen kali ini yang menjadi yang terakhir buat penyerang veteran berusia 37 tahun, Goran Pandev dalam karier antarabangsa selama dua dekad.