COPENHAGEN | Walaupun peroleh kemenangan pertama dalam aksi Kumpulan B, Denmark berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Russia 4-1, pagi tadi.
Lapor Agensi, Denmark seharusnya berterima kasih kepada kemenangan Belgium ke atas Finland yang membolehkan mereka tempat kedua dalam kumpulan itu.
Penyokong Denmark menyambut kemenangan dengan penuh gembira selepas menempuh detik sukar pada perlawanan pembukaan yang penuh trauma, menyaksikan Christian Eriksen rebah di tengah padang.
Denmark selepas ini dijadual bertemu Wales dalam saingan 16 terbaik di Amsterdam, Ahad ini.
Pasukan itu memasuki perlawanan tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan, namun sedar kemenangan ke atas Russia dengan melebihi dua gol dan kekalahan Finland bakal menjamin tempat mereka di tangga kedua kumpulan.
Ketika awal perlawanan, satu hamparan baju gergasi Denmark dengan tertera tulisan ‘Eriksen 10’ menerima sorakan penyokong, selain mereka turut bersama-sama melaungkan ‘You’ll Never Walk Alone’.
Mikkel Damsgaard meledak jaringan pertama buat Denmark pada minit ke-38, sebelum Yussuf Poulsen menambah derita Russia selang 21 minit kemudian namun corak serangan mereka tersentak seketika apabila Artem Dzyuba mengurangkan defisit perlawanan menerusinya jaringannya pada minit ke-70.
Kemaraan Denmark begitupun tidak terhenti di situ apabila Andreaz Christensen meledak jaringan seterusnya pada minit ke-79, sebelum Joakim Maehle menjamin kemenangan bergaya mereka pada minit ke-82.
Tamat