BERLIN | Perdana Menteri Itali, Mario Draghi berkata dia percaya final Euro 2020 tidak sepatutnya diadakan di Wembley kerana peningkatan kes COVID-19 di England, lapor AFP.
“Saya menyokong usaha memastikan final tidak berlangsung di negara di mana risiko jangkatan adalah sangat tinggi,” katanya kepada wartawan dalam sidang akhbar bersama Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin.
Draghi yang negaranya melalui perlawanan terbaik pada kejohanan setakat ini, adalah pemimpin terbaharu menyuarakan kebimbangan mengenai lokasi di Wembley.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata Jumaat lalu keutamaannya ialah memastikan “negara selamat daripada Covid” ketika sumber mengesahkan kepada AFP bahawa UEFA kini melihat pilihan untuk mengubah saingan separuh akhir dan final dari Wembley ke Budapest.
Varian Delta yang cepat merebak, pertama kali dikesan di India, mencetuskan peningkatan kes baharu COVID-19 di Britain dan memaksa kerajaan menangguhkan rancangan pembukaan semula.
Merkel dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron minggu lalu menyuarakan kebimbangan membenarkan penyokong memenuhi stadium pada Euro 2020 dengan Merkel berkata ‘langkah berjaga-jaga masih perlu’ dalam ‘acara besar’.
Tamat