KUALA LUMPUR | Jumlah COVID-19 yang dilaporkan hari ini sebanyak 4,743 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif yang dicatatkan sebanyak 705,762 kes.
Katanya, Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi iaitu 1,566 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 635 kes.
“Negeri Sembilan mencatatkan 585 kes; Sarawak 507 kes; Johor (239); Sabah (193) dan Kelantan (165).
“Pulau Pinang merekodkan (195); Melaka (167); Kedah (142); Pahang (131); Wilayah Persekutuan Labuan (104); Perak (68); Terengganu (37); Wilayah Persekutuan Putrajaya tujuh kes dan Perlis dua kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.