PUTRAJAYA | Kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 959 individu ditahan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 923 individu dikompaun dan 36 direman.
Katanya, antara kesalahan direkodkan tiada penjarakan fizikal (251); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran atau makan di premis (198); individu gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (144) dan tidak memakai pelitup muka (134).
“Kesalahan lain ialah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84); membawa penumpang berlebihan (64); premis gagal patuhi arahan (19);
aktiviti pusat hiburan (4) dan lain-lain kesalahan (61).
“Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 91,112 pemeriksaan semalam.
“Ia membabitkan 4,194 Pasukan Pematuhan membabitkan 19,653 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.