KUALA LUMPUR | Tren tiga gerabak pertama untuk projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sudah tiba di negara ini Sabtu lalu.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menerusi satu kenyataan berkata, tren itu kini sudah berada di fasilliti pemasangan milik CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) di Batu Gajah, Perak.
Katanya, ia dihantar ke fasiliti itu untuk kerja-kerja pemasangan bahagian dalaman tren.
“Laluan LRT3, yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama.
“Ianya mempunyai 22 set tren tiga gerabak yang dibekalkan oleh CRRC Corporation Limited, China.
“Laluan sepanjang 37.6 kilometer itu dijadualkan untuk dibuka untuk perkhidmatan pada Februari, 2024” katanya.