PASIR MAS | Polis menahan dua lelaki dan 150 biji pil kuda dan heroin dirampas dalam serbuan di Kampung Kubang Gendang, Chetok, Tok Uban, semalam
Operasi jam 5 petang itu, dua lelaki berusia 30-an ditahan oleh pasukan operasi dari Balai Polis Tok Uban.
Polis Daerah Pasir Mas berkata, dalam serbuan itu pihak polis berjaya merampas 150 biji pil kuda dan heroin yang disorokkan di dalam beg silang salah seorang tangkapan.
“Hasil ujian saringan air kencing kedua-dua tangkapan juga adalah positif dadah jenis Methapethamine.
“Kedua-dua tangkapan dan rampasan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.