GLASGOW | Bantuan Luka Modric buat Croatia mencipta kemenangan 3-1, pagi tadi, sekali gus membawa naib juara Piala Dunia itu ke pusingan 16 terakhir Euro 2020.
Lapor AFP, Nikola Vlasic meledak gol pembukaan Croatia pada minit ke-17, sebelum Callum McGregor menyamakan kedudukan buat Scotland.
Modric bagaimanapun, meletakkan Croatia kembali di depan apabila meledak jaringan pada minit ke-62 dan dia turut membantu Ivan Perisic melengkapkan kemenangan pasukannya.
Croatia mara selaku naib juara Kumpulan D di belakang England yang menjuarai kumpulan selepas jaringan tunggal Raheem Sterling membolehkan pasukan itu mencipta kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech.
Czech bagaimanapun, turut melangkah ke peringkat kalah mati sebagai satu daripada pasukan tempat ketiga terbaik.