KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang direkodkan hari ini meningkat sedikit kepada 5,244 kes.
Jumlah yang dicatatkan itu menjadikan kumulatif sebanyak 711,006 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menunjukkan peningkatan kepada 2,001 kes.
Katanya, Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 677 kes, diikuti Sarawak 577 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 531 kes.
“Johor mencatatkan 282 kes; Pahang 245 kes; Kedah 189 kes; Melaka 180 kes; Pulau Pinang 159 kes; Sabah 129 kes dan Kelantan 81 kes.
“Perak (75); Wilayah Persekutuan Labuan (77); Terengganu (27); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13) dan Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.