KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di negara ini ialah lebih 6.3 juta dos setakat, semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah yang terima dos pertama ialah 4,574,685 orang.
Katanya, daripada jumlah itu, 1,727,042 orang juga menerima dos kedua.
“Semalam juga menyaksikan kadar suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 250,529 dos.
“Orang ramai diminta mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi MySejahtera, atau laman web vaksincovid.gov.my mahupun menghubungi talian 1-800-888828,” katanya menerusi laman Twitternya di sini, hari ini
Tamat.