KUALA LUMPUR | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menerusi siaran Facebook Istana Negara, tujuan Muhyiddin menghadap adalah untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet.
Sesi tersebut berlangsung selama satu jam bermula 8.30 pagi menerusi sidang video di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.