KUALA LUMPUR | Sebanyak 30 kluster baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, kluster baharu yang dicatatkan itu membabitkan 20 kluster tempat kerja.
Katanya, selebihnya membabitkan kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.
“Kluster ini membabitkan sembilan di Selangor, empat di Kuala Lumpur, masing-masing tiga di Johor Bahru dan Negeri Sembilan.
“Tiga di Kedah, masing-masing dua Sabah, Sarawak dan Kelantan serta masing-masing satu di Perak, Pahang,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.