KUALA LUMPUR | Jumlah kematian baharu akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 84 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, daripada jumlah itu,11 kematian yang dilaporkan adalah membabitkan Brought-In-Dead (BID).
Katanya, kematian yang dicatatkan membabitkan 32 di Selangor, masing-masing 10 di Selangor dan Negeri Sembilan.
“Lapan kematian di Kelantan, tujuh di Johor, enam di Kedah, tiga di Labuan, masing-masing dua di Perak, Melaka dan Pahang serta masing-masing satu di Terengganu dan Sabah.
“Kematian ini membabitkan 48 lelaki dan 36 wanita. Individu yang meninggal membabitkan usia 60 tahun ke atas sebanyak 53 kes, 30 hingga 59 tahun 26 kes dan bawah 30 tahun lima kes.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.