JEDDAH | Semua perkhidmatan berkaitan pengurusan perkhidmatan ibadah haji termasuk kesihatan sudah disiapkan bagi menyambut jemaah haji ke Masjidil Haram, Makkah pada musim haji tahun ini, yang bakal bermula pertengahan bulan depan.
Lapor Arab News, Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci mengatakan bahawa semua agensi dan jabatan berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan melalui rancangan dan program yang telah disiapkan.
Ekoran Covid-19, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Haji mengumumkan sejumlah 60,000 jemaah dibenarkan menunaikan haji tahun ini, hanya terbuka untuk warganegara dan mereka yang menetap di Arab Saudi.
Pihak berkuasa meningkatkan syarat kesihatan berkaitan Covid-19 bagi mengawal keselamatan awam.