MUNICH | Jerman bakal berdepan England di pusingan 16 terbaik apabila bangkit dua kali untuk menyingkirkan Hungary daripada Euro 2020.
Tandukan Adam Szalai yang beraksi di Mainz membolehkan mereka mengejutkan Jerman untuk gol pembukaan.
Adam Schafer menjangkakan Hungary bakal meraih mata penuh apabila meletakkan Hungary di hadapan hanya 90 saat selepas Kai Havertz meledak gol penyamaan.
Namun, pemain gantian, Leon Goretzka menjadikan kedudukan 2-2 di hujung permainan.
Ini menyaksikan Jerman menamatkan saingan Kumpulan F di tangga kedua dan menempah pertemuan dengan anak buah Gareth Southgate di Wembley, minggu depan.