SHANGHAI | Hotel paling tinggi di dunia mula dibuka, di sini termasuk pelbagai pelbagai kemudahan termasuk restoran di tingkat 120.
Lapor AFP, hotel mewah yang diberi nama J Hotel itu teletak di bahagian atas Shanghai Tower yang mempunyai ketinggian 632 meter, sekali gus menjadi bangunan kedua tertinggi selepas Burj Khalifa di Dubai.
Pembukaan hotel itu sedikit lewat susulan pandemik Covid-19, namun sudah mula menerima pengunjung.
Para tetamu di hotel tersebut boleh bersantai di kolam renang yang terletak pada tingkat 84, selain mempunyai sebanyak 165 bilik.
Secara keseluruhan, hotel tersebut mempunyai 128 tingkat dengan harga setiap bilik dianggarkan bernilai 3,088 yuan (RM1,987) hingga 67,000 yuan (RM43,119).