KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat sedikit kepada 5,841 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi iaitu 2,072 kes.
Katanya, jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 235,120 kes.
“Negeri lain iaitu Negeri Sembilan 781 kes, Sarawak 581 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 552 kes.
“Johor 346 kes; Sabah 203 kes; Kelantan 135 kes; Pulau Pinang; Perak (120); Kedah (271) Melaka (247); Pahang (162); Terengganu (29); Labuan (212); Putrajaya (17) danPerlis lima kes,” katanya.