KUALA LUMPUR | Sungguh melampau apabila ada pihak yang dengan sengaja menggunakan gambar agamawan dan pendakwah bagi mengaut keuntungan perniagaan mereka.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket menggunakan gambar agamawan dan pendakwah demi keuntungan syarikat.
Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Twitter hari ini meminta semua berhati-hati apabila beliau mengesan ada pihak yang menggunakan gambarnya bagi tujuan promosi tanpa kebenaran.
“Berhati-hati dengan modus operandi (scam) pelaburan yang meletakkan gambar saya atau mana-mana agamawan dan pendakwah,” ciapnya hari ini.
Menerusi perkongsian di Twitternya hari ini, terdapat syarikat yang didakwa menggunakan gambarnya bagi tujuan pelaburan patuh syariah menerusi media sosial.
Journal Malaysia juga mengharapkan seluruh masyarakat lebih berhati-hati dengan sebarang promosi di media sosial dan jangan terlalu ghairah dengan muslihat yang akhirnya merugikan kita.
Jika ragu-ragu lebih baik hubungi pihak berwajib terlebih dahulu untuk mendapatkan sebaranhan pengesahan.